UMW GRANTT lancar minyak pelincir bio hidraulik - Utusan Malaysia

UMW GRANTT lancar minyak pelincir bio hidraulik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMW GRANTT International Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW serta pengeluar minyak pelincir GRANTT memperkenalkan rangkaian produk minyak pelincir bio hidraulik sulungnya, perasmian pertama dalam pengeluaran rangkaian produk hijau. 

Minyak Bio Hidraulik VG GRANTT telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang di International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2022.

Minyak tersebut dihasilkan daripada minyak sawit tempatan, dirumus dengan trigliserida dan bahan tambahan yang menyediakan keupayaan pelinciran yang sangat baik dan setara dengan minyak pelincir konvensional. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT yang mesra alam boleh terbiodegradasi dalam masa 28 hari, tidak bioakumulatif dan tidak mengandungi toksik. 

Ia sangat sesuai untuk pelbagai industri kerana ia menyediakan perlindungan anti haus yang sangat baik, perlindungan kakisan, perlindungan karat dan mempunyai ciri antibuih yang baik selain mempunyai kestabilan terma dan pengoksidaan yang tinggi. 

Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT disasarkan untuk pelanggan yang ingin mendapatkan sumber pelincir hidraulik yang mampu milik dan mampan tanpa menjejaskan prestasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, dengan pengalaman lebih 60 tahun dalam industri minyak pelincir, UMW telah berjaya mencipta rangkaian produk bio-pelincir pertamanya.

“Ia dipacu permintaan yang semakin meningkat terhadap minyak pelincir produk hijau dalam menangani kebimbangan terhadap pencemaran alam sekitar. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT telah digredkan mengikut piawaian antarabangsa dan telah menjalani beberapa ujian pada peralatan industri hidraulik kami.

“Dengan matlamat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan mesra alam, pemeteraian MoU ini membuka jalan kepada UMW dan Mitsui untuk menjana pertumbuhan dalam rantaian produk hijau serta menerajui agenda kelestarian Kumpulan UMW,” katanya.

Dalam majlis sama, anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, UMW M&E Sdn. Bhd., telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mitsui & Co., Malaysia Sdn. Bhd. untuk mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan dan produk hijau kepada syarikat-syarikat di ASEAN serta pasaran negara luar yang lain yang mementingkan nilai ESG.

Pengarah Urusan Mitsui, Daiji Kojima berkata,pihaknya telah mengenal pasti isu atau kepentingan material itu termasuk menjamin bekalan mampan bagi produk penting, meningkatkan kualiti kehidupan dan mewujudkan masyarakat yang menjaga alamuntuk pertumbuhan mampan di kalangan masyarakat dan syarikat.

“Mitsui telah meletakkan matlamat untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050 dan hari ini, kami sedang giat mengembangkan perniagaan kami dalam pelbagai bidang baharu seperti kitar semula, rantaian nilai bateri dan penyelesaian alam sekitar yang lain. 

“Peluang untuk bekerjasama dengan Kumpulan UMW memberikan Mitsui dasar yang kukuh ke arah mencapai matlamat kami dan pada masa yang sama ia selaras dengan hala tuju kerajaan untuk menangani perubahan iklim di Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya