PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi melaksanakan program Pelanjutan Hayat Hidro enam stesen di Stesen-Stesen Janakuasa (SSJ) Sungai Perak dengan pelaburan RM5.8 bilion mulai tahun ini. Kelulusan tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco). TNB berkata, SSJ Sungai Perak dengan kapasiti 650.75 megawatt (MW) itu akan menyokong aspirasi Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara dan memastikan pertumbuhan perniagaan…










