PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) LT International Futures (M) Sdn. Bhd. kerana melanggar syarat lesen. Menurut SC, pembatalan lesen tersebut berkuat kuasa 22 September lalu. “Syarikat tersebut telah diberi peluang untuk merayu terhadap keputusan SC selari dengan proses rayuan yang telah ditetapkan. Tiada rayuan dikemukakan oleh syarikat tersebut. “Syarikat yang berurus niaga dalam derivatif itu telah gagal mematuhi ambang kewangan minimum…










