Proton catat jualan lebih 100,000 unit pada suku ketiga 2022 - Utusan Malaysia

Proton catat jualan lebih 100,000 unit pada suku ketiga 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton mencatat peningkatan jualan sebanyak 40.2 peratus bagi suku ketiga 2022 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Proton dalam satu kenyataan berkata sebanyak 14,872 unit kenderaan keluarannya berjaya dijual bagi pasaran domestik dan eksport September lalu  menjadikan jumlah terkumpul jualan tahunan sehingga suku ketiga 2022 sebanyak 102,353 unit.

Menurut Proton ia merupakan tahun keempat syarikat tersebut berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit malah dua bulan lebih awal dari tahun lalu.

“Proton kekal di kedudukan kedua dalam jadual jualan dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.8 peratus bagi bulan September berbanding pesaingnya dan menjadikan angka penguasaan pasaran setakat tahun ini sebanyak 20.1 peratus.

“Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi September tahun ini pula dianggarkan menyusut kepada kira-kira 62,500 unit merupakan jumlah keempat terbaik tahun ini di mana pasaran automotif Malaysia dijangkakan akan mencatat tahun jualan terbaiknya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menyifatkan prestasi suku tiga syarikat tersebut merupakan suku terbaik bagi tahun ini, dengan 42,229 unit untuk tiga bulan bermula Julai hingga Ogos.

Katanya, pencapaian berkenaan merupakan hasil gabungan kestabilan dalam pengeluaran serta daya tarikan berterusan model  Proton terutamanya Proton Saga 2022 dan Proton X50.

“Walaupun permulaan tahun ini lemah, kami yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan dua digit bagi tahun keempat berturut-turut disamping memberi tumpuan pada pertumbuhan jualan, suku terakhir juga menyaksikan kami membina asas untuk pertumbuhan masa depan kami.

“Perjanjian Pengedaran Am dengan ‘smart’ menetapkan kami untuk menjual Kenderaan Elektrik (EV) daripada jenama itu bermula pada tahun 2023 manakala pembentukan PRO-NET membuktikan komitmen Proton untuk membangunkan dan menawarkan kenderaan tenaga baharu pada masa hadapan,” katanya.

Proton turut mengumumkan peningkatan jualan Saga dan X50 meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ketersediaan alat ganti akibat kesan berlarutan daripada banjir, pandemik Covid-19 dan kekurangan cip mikro di peringkat global.

“Meskipun terjejas teruk akibat banjir tahun lalu hingga menyebabkan penyerahan berkurangan kepada 76 unit pada Januari, Proton Saga telah menetapkan paras tertinggi baharu bagi 2022 dengan 6,442 unit menjadikannya jumlah yang tidak dicapai sejak 2013.

“Jumlah YTD sebanyak 40,603 unit juga jauh di hadapan berbanding 2021, menunjukkan peningkatan sebanyak 49.3 peratus dan membuktikan ia kekal sebagai pilihan relevan untuk semua pelanggan Proton,” katanya.

Katanya, Proton X50 merupakan SUV terlaris di Malaysia meskipun bergelut dalam memenuhi permintaan pelanggan sejak dilancarkan Oktober 2020. 

“Dengan 4,517 unit diserahkan pada bulan September, lebih 4,000 unit telah diserahkan selama empat bulan berturut-turut dan ini menyumbang kepada jumlah terkumpul setakat tahun ini sebanyak 29,591, satu peningkatan sebanyak 78.2 peratus berbanding tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya