RIYADH: Arab Saudi menolak kritikan `tidak berasaskan fakta’ Amerika Syarikat (AS) berhubung keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya termasuk Russia (OPEC+) mengurangkan pengeluaran minyak mentah minggu lalu. Kementerian Luar Arab Saudi salam satu kenyataan sebaliknya menegaskan, tindakan OPEC+ menangguhkan pengurangan bekalan minyak mentah adalah negatif untuk dunia. “Kerajaan menjelaskan melalui perundingan berterusannya dengan Pentadbiran AS bahawa, semua analisis ekonomi menunjukkan, menangguhkan keputusan OPEC+ selama sebulan, mengikut apa yang telah…










