PETALING JAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjalin kerjasama strategik dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bagi pelaksanaan Inisiatif e-Invois Kebangsaan (National e-Invoicing Initiative). Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz menandatangani memoraum persefahaman kerjasama itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Komunikasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Ahmad Norhad Zahari. Melalui…










