MCC Malaysia rekod skor ‘QLASSIC’ tertinggi dalam sejarah

MCC Malaysia rekod skor ‘QLASSIC’ tertinggi dalam sejarah

mcc
MCC Malaysia telah merekodkan skor sebanyak 89 peratus untuk Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) bagi pembinaan The Face 2 Platinum Victory Suites.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCC Overseas (M) Sdn. Bhd. (MCC Malaysia) telah merekodkan skor sebanyak 89 peratus untuk Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) bagi pembinaan The Face 2
Platinum Victory Suites. Ia merupakan skor tertinggi di dalam sejarah untuk kategori bangunan kediaman bertingkat tinggi sejak ia diperkenalkan pada 2007.

Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) merupakan piawaian industri pembinaan yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengukur, menilai dan meneliti kualiti kerja pembinaan bangunan mengikut keperluan Standard Industri Pembinaan (CIS 7:2014).

Ia merupakan penanda aras bagi projek pembinaan untuk memastikan projek pembangunan mematuhi semua piawaian kualiti kerja dan jaminan melalui proses penilaian yang ketat.

Pengarah Urusan MCC Malaysia, Li An Wei berkata selaku kontraktor utama mereka sangat komited dalam menjaga kualiti projek dengan menitikberatkan hasil kerja setiap projek .

“Kami amat berbesar hati kerana telah berjaya mencapai rekod QLASSIC CIDB di mana penilaian tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan proses yang ketat dan teliti melibatkan lebih 600 bahan dan 300 unit.

“Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat di atas semangat dan profesionalisme yang ditunjukkan bagi mencapai kejayaan bersejarah untuk projek The Face 2 Platinum Victory Suites yang telah menerima skor QLASSIC tertinggi.

“Ini sekali gus membuktikan komitmen Syarikat dalam kualiti kerja pembinaan bangunan.

“MCC Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada moto syarikat iaitu meletakkan keutamaan kepada pelanggan. Pencapaian ini memainkan peranan besar bagi memberikan motivasi kepada setiap pekerja untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi kontraktor pilihan untuk semua kerja-kerja pembinaan,” katyanya.

Mengulas mengenai rekod skor MCC Malaysia, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid mengucapkan tahniah kepada MCC kerana telah mencapai status kontraktor yang dikenali selain merupakan pengguna sistem QLASSIC yang sentiasa percaya akan kepentingan kualiti.

“Pencapaian MCC dalam projek The Face 2 Platinum Victory Suites hari ini sememangnya satu yang patut diraikan,” katanya.

Ahmad Asri juga percaya bahawa pencapaian itu akan menjadi contoh dalam industri ini selain menjadi pemangkin kepada semua pemaju dan syarikat pembinaan untuk menitikberatkan kualiti dalam mutu kerja untuk semua projek pembangunan mereka.

The Face 2 Platinum Victory Suites merupakan sebuah kondominium mewah 51 tingkat yang dibangunkan oleh Platinum Victory Property. Dengan jumlah 1,025 unit, ia dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kolam infiniti dengan pemandangan 180° bandar Kuala Lumpur.

Projek ini telah disiapkan pada Julai 2022.

Pengasas Bersama Platinum Victory Property, Datuk Alex Tan Ai Chong berkata,  mereka berpuas hati dengan hasil kerja MCC Malaysia dalam projek ini.

“Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meletakkan kualiti kerja dan ketepatan masa sebagai keutamaan mereka. Kami gembira dengan  prestasi mereka dan berbangga kerana pembinaan The Face Suites telah menerima pensijilan ‘QLASSIC’ dengan markah tertinggi pernah direkodkan di bawah kategori kediaman bertingkat,” katanya.

MCC Malaysia ialah anak syarikat kawalan penuh syarikat milik negara China, China Metallurgical Group Corporation (MCC Group), sebuah syarikat FORTUNE Global 500 yang disenaraikan di Hong  Kong dan Bursa Saham Shanghai. Memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1992, ia merupakan antara perusahaan China yang terawal di Malaysia.

MCC Malaysia telah menyiapkan 17 projek di seluruh Malaysia. Di antara projek yang telah disiapkan adalah The Face Suites, W Hotel and Residences yang merupakan menara ikonik 55 tingkat bersebelahan Menara Berkembar Petronas dan kilang keluli tercanggih di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 3.5 juta tan metrik yang merupakan kilang keluli terbesar di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya