PETALING JAYA: Malaysia Airports Group (Malaysia Airports) telah mencatatkan sejumlah 8.2 juta pergerakan penumpang untuk kedua-dua operasi Malaysia dan Turkiye pada September lalu, meningkat sebanyak 155.8 peratus tahun ke tahun. Bagi operasinya di Malaysia, Kumpulan merekodkan sejumlah 5.3 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatan kelolaannya. Sementara itu, pergerakan penumpang antarabangsa Malaysia sehingga September direkodkan pada 9.27 juta, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1,104.9 peratus disebabkan oleh penyambungan semula…









