KUALA TERENGGANU: Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB), anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berjaya merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM67.5 juta bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jumlah itu melonjak susulan permintaan tinggi industri sawit yang menjadi penyumbang utama kepada KHSB, diikuti perlombongan bijih besi di Al Muktafi Billah Shah, Dungun. “KHSB menyasarkan RM83 juta keuntungan sebelum cukai sehingga akhir Disember ini dan yakin dapat mencapai sasaran itu dalam tempoh empat bulan lagi. “Unjuran dijangka terus positif berikutan kestabilan harga minyak mentah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya