PETALING JAYA: Jumlah perdagangan Malaysia melepasi RM2 trilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, peningkatan 32.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, pertumbuhan disokong oleh peningkatan eksport sebanyak 30.3 peratus dan import 36.2 peratus. Jelasnya, eksport pada September 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 30.1 peratus daripada RM110.9 bilion pada September 2021 kepada RM144.3 bilion. “Pertumbuhan ini sejajar dengan peningkatan eksport domestik dan eksport semula. Eksport…









