PETALING JAYA: Sikap tunggu dan lihat yang diambil pelabur asing terutamanya melibatkan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan faktor jualan asing ekuiti Malaysia berkurangan kepada RM68.22 juta minggu lalu berbanding RM479.7 juta minggu sebelumnya. Felo Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr. Shazida Jan Mohd. Khan berkata, kelemahan ringgit serta ketidaktentuan peralihan kuasa turut menyebabkan golongan berkenaan mengambil tindakan sedemikian. “Salah satu mungkin sikap tunggu dan lihat terutama jangkaan pada pilihan raya yang akan datang memperlahankan pasaran,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya