fbpx

Indeks nilai seunit eksport, import perlahan pada Ogos

INDEKS nilai seunit eksport dan import perlahan apabila masing-masing menyusut 2.2 dan 1.9 peratus pada Ogos berbanding bulan sebelumnya. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Indeks nilai seunit eksport dan import perlahan apabila masing-masing menyusut 2.2 dan 1.9 peratus pada Ogos berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan, penurunan  indeks nilai seunit eksport disumbangkan oleh kemerosotan indeks minyak dan lemak binatang serta sayur-sayuran (-18.4 peratus), minyak galian (-1.5 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (-0.6 peratus). 

Sementara itu, indeks volum eksport meningkat 7.7 peratus pada bulan yang sama, disumbangkan oleh peningkatan indeks pelbagai barang keluaran kilang (11.9 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (7.9 peratus) serta2 minyak galian (7.8 peratus). 

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim pula meningkat 16.5 peratus daripada 162.1 mata kepada 188.8 mata.

“Selain itu, indeks nilai seunit import menurun disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-10.1 peratus), minyak dan lemak binatang serta sayur-sayuran (-4.2 peratus) dan bahan kimia (-0.4 peratus),” katanya dalam kenyataan. 

Menurut kenyataan, indeks volum import pula merekodkan kenaikan sebanyak 7.1 peratus pada Ogos  berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (27.3 peratus), pelbagai barang keluaran kilang (9.4 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (2.4 peratus).

Tambahnya, indeks volum import pelarasan bermusim meningkat 9.1 peratus daripada 195.8 mata kepada 213.7 mata.

Terma perdagangan Malaysia perlahan pada Ogos lalu, menurun 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 111.9 mata. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received