IGEM 2022 dijangka jana RM3 billion prospek pelaburan

IGEM 2022 dijangka jana RM3 billion prospek pelaburan

MAJLIS perasmian persidangan dan pameran antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2022 yang bermula dari 12 hingga 14 Oktober dijangka menjana prospek pelaburan sehingga RM3 bilion.

Persidangan yang memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi hijau yang berkembang maju di Malaysia tersebut melibatkan lebih 300 booth pameran dan dijangka menerima 30,000 pelawat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Malaysia ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan harapan untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.

Kata beliau, pihaknya percaya pembangunan pesat sektor teknologi hijau akan merangsang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang berkualiti tinggi kepada rakyat.

“Ini akan meningkatkan kualiti hidup dan kelestarian alam sekitar di Malaysia dalam jangka masa panjang dan akan memastikan kemakmuran Keluarga Malaysia pada masa hadapan.

“Memperkasakan pembangunan bandar lestari, mobiliti elektrik, penyahkarbonan tenaga, dan kitaran ekonomi adalah antara fokus utama IGEM pada tahun ini.

“Untuk mencapai aspirasi negara ke arah pelepasan GHG sifar bersih, pihak kerajaan, pakar, institusi kewangan dan pemain industri perlu bekerjasama untuk memenuhi komitmen yang
digariskan di bawah SDG dan ESG,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, IGEM 2022 mempamerkan perkembangan terkini teknologi hijau dan penyelesaian eko dan juga menggalakkan pertukaran pengetahuan, idea dan inovasi serantau.

Menurutnya, kementerian dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bergabung tenaga untuk melaksanakan acara global ini, yang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi negara.

Selain itu, terdapat 15 sesi persidangan yang melibatkan 30 penceramah dan sembilan rakan persidangan dengan penglibatan wakil dari 30 buah negara, termasuk Taiwan, China, Belanda, Kanada, Korea, Singapura dan Austria. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×