PETALING JAYA: Maxis mengumumkan pelantikan Goh Seow Eng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 Disember 2022. Beliau akan menggantikan Gokhan Ogut yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 30 November ini. Pengerusi Lembaga Pengarah Maxis, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, pihak Lembaga Pengarah amat berbesar hati mengalu-alukan Seow Eng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Maxis. Katanya, Seow Eng membawa bersamanya pengalaman yang luas dalam industri telekomunikasi dengan rekod prestasi yang amat kukuh dalam jalur lebar mudah alih dan fiber, perniagaan talian tetap serta perkhidmatan digital, yang kesemuanya penting untuk pertumbuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya