WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden akan mengeluarkan 15 juta tong minyak daripada Rizab Petroleum Strategik Amerika Syarikat (AS) dan penghantaran dijangka dilakukan pada Disember. Menurut kenyataan White House, Jabatan Tenaga (DOE) mengeluarkan Notis Jualan 15 juta tong daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR) pada pagi Rabu (19 Oktober) dan penghantaran akan dibuat pada Disember. “Jualan ini akan melengkapkan pengeluaran bersejarah 180 juta tong yang diumumkan Presiden pada musim bunga,” menurut kenyataan…










