Bung Moktar kritikal, kini dirawat di hospital

Bung Moktar kritikal, kini dirawat di hospital

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu dan berada dalam keadaan kritikal.

Perkara itu disahkan anak beliau, Naim Kurniawan, namun punca kemasukan ke hospital tidak diperincikan.

Naim turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu.

Dia turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan bapanya.

“Bagi pihak keluarga, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh imam di Lamag yang berusaha mengadakan solat hajat dan memanjatkan doa kepada Allah SWT untuk kesihatan ayahanda saya, ” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut mendoakan agar Bung Moktar dikurniakan kesembuhan segera.

“Saya berdoa semoga Datuk Seri Bung Moktar Radin diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatannya.

“Semoga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan kepada beliau serta keluarga dalam menghadapi ujian ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN