BAT Malaysia catat hasil RM1.83 bilion

BAT Malaysia catat hasil RM1.83 bilion

NEDAL SALEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: British American Tobacco (BAT) Malaysia telah mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM1.83 bilion pada sembilan bulan pertama tahun kewangan 2022 daripada RM1.78 bilion yang dicatatkan setahun lalu.

Menurut BAT, keuntungan daripada operasi juga lebih tinggi pada RM307 juta berbanding RM301 juta setahun lalu.

Katanya, Kumpulan menyaksikan penurunan dalam bahagian pasaran keseluruhan sebanyak 0.8 peratus berbanding tempoh yang sama lalu tahun, manakala volum meningkat sebanyak 3.1 peratus apabila penggunaan terus pulih.

“Jenama Premium dan Aspirational Premium Kumpulan mengalami sedikit penurunan sebanyak 0.7 peratus dan 1.1 peratus masing-masing hasil daripada penyahsenaraian jenama Kent dan Pall Mall pada tahun tersebut.

“Jenama Value-for-Money (VFM) Kumpulan, KYO dan Rothmans, meningkat 1.0 peratus dalam bahagian pasaran daripada 10.2 peratus kepada 11.2 peratus berbanding tahun lepas.

“Selaras dengan keputusan kewangan ini, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan interim ketiga dividen 25.0 sen sesaham biasa, berjumlah RM71.4 juta, perlu dibayar pada 21 November 2022 kepada pemegang saham,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas pretasi itu, Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem berkata, ia sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan volum domestik dan inisiatif pengoptimuman kos berterusan, yang meningkatkan hasil dan keuntungan daripada operasi.

“Kami kekal di landasan yang betul dan yakin dengan usaha kami untuk meningkatkan prestasi dan memberikan nilai kepada pemegang saham.

“BAT Malaysia amat optimistik dan sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan berkaitan kerajaan dalam usaha ke arah mengurangkan pasaran gelap tembakau di Malaysia, seiring dengan pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan langkah baharu bagi menangani penyeludupan rokok di Malaysia.

“Bagaimanapun, kami percaya inisiatif penguatkuasaan ini mesti disertakan dengan langkah-langkah menangani tekanan kemampuan untuk pengguna.

“Kumpulan akan berusaha untuk membina `Hari Esok yang Lebih Baik’ (A Better Tomorrow), dengan penekanan kepada pengurangan bahaya tembakau.

“Kumpulan menggalakkan kerajaan untuk mewujudkan peraturan berasaskan bukti dan saintifik, yang akan menyediakan lebih sejuta rakyat Malaysia yang menggunakan vape akses kepada produk yang diketahui kualiti dan keselamatannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN