JAKARTA: Bank Pusat Indonesia menaikkan kadar dasarnya sebanyak 50 mata asas (bps) sebagai langkah membendung kenaikan inflasi. Kenaikkan yang sudah dijangka itu juga bertujuan untuk memperlahankan aliran keluar modal yang membebani nilai rupiah dan seterusnya mengukuhkan nilai mata wang negara berkenaan. Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar belian balik terbalik tujuh hari kepada 4.75 peratus seperti yang dijangka oleh 17 daripada 30 ahli ekonomi dalam tinjauan oleh Reuters sebelum ini. Sementara…










