UMW Toyota catat jualan kukuh pada Ogos - Utusan Malaysia

UMW Toyota catat jualan kukuh pada Ogos

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) mencatatkan jualan Toyota sebanyak 8,961 unit untuk Ogos 2022, manakala Lexus mencatatkan jumlah jualan sebanyak 130 unit.

Jualan keseluruhan bagi Ogos merekodkan sebanyak 9,091 unit (Toyota dan Lexus) telah terjual.

Jumlah jualan bagi tahun ini setakat Ogos lalu berjumlah 61,639 unit, berbanding 38,085 unit jualan yang didaftarkan tahun lalu, iaitu penngkatan 62 peratus.

Memasuki pasaran Malaysia dan mencapai jumlah tempahan sehingga 5,200 unit untuk Toyota Veloz, kenderaan utiliti (MPV) tujuh tempah duduk itu masih belum mula dijual secara rasmi berikutan peningkatan jangkaan untuk penampilan sulungnya tidak lama lagi.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pasukannya sedang bekerja keras untuk mempergiatkan pengeluaran bagi memastikan penghantaran dapat dilakukan kepada pemilik kereta baharu.

“Pengenalan Toyota Veloz akan menjadi detik penting bagi kami dan kami yakin ia akan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia dengan tawaran premium, ciri-ciri canggih dan kualiti tinggi serta kebolehpercayaan Toyota.

“Kami bekerja keras untuk menyediakan pakej yang sesuai untuk pelanggan. Itu cara kami memberi perhatian dan keutamaan yang tinggi kepada pelanggan menerusi jualan dan tawaran selepas jualan,” katanya dalam kenyataan.

Tempahan untuk siri IMV bermula 1 September ini untuk semua model manakala Hilux dan Fortuner yang ditambahbaik akan berada di semua cawangan Toyota pada September dan Toyota Innova pada Oktober.

“Dengan tiga kenderaan yang telah ditambah baik itu, kami yakin mampu meraih permintaan yang kukuh daripada pelanggan di Semenanjung dan Malaysia Timur, pada masa yang sama meningkatkan lagi bahagian pasaran kami untuk tahun ini,” katanya.

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia 2022, UMWT akan mempamerkan kebebasan dan fleksibiliti yang rakyat Malaysia boleh jangkakan sepanjang perjalanan pemilikan Toyota mereka.

Pembuat kereta itu akan menawarkan pakej nilai tambah serta tawaran hebat kepada pelanggannya di seluruh negara dan tawaran hebat bernilai sehingga RM4,000 untuk varian terpilih  Vios dan Yaris.

Kunjungi cawangan Toyota terdekat sekarang sehingga penghujung September untuk menikmati tawaran tersebut.

UMW Toyota Motor juga menjemput rakyat Malaysia untuk menonton video pendek  yang menyentuh hati di laman YouTube berjudul “Pewaris Harapan Negara” yang menampilkan anak-anak kakitangan menyanyikan lagu patriotik “Sejahtera Malaysia”. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN