PETALING JAYA: U Mobile telah memutuskan ia tidak akan meneruskan pilihan pelaburan dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Keputusan itu dicapai setelah syarikat telekomunikasi itu mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkara itu dan selepas mengambil kira terma pelaburan seperti yang sedia ada. Menurut syarikat itu, ia percaya akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia dengan fokus kepada kekuatannya dalam menyediakan sambungan dan perkhidmatan digital yang inovatif dan tiada tandingan,…










