TH catat pendapatan RM1.47 bilion separuh pertama 2022

TH catat pendapatan RM1.47 bilion separuh pertama 2022

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.47 bilion dalam separuh tahun pertama 2022 dengan jumlah deposit berjumlah RM88.09 bilion, iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhannya.

Menurut TH, kepercayaan dan sokongan kepada TH sebagai sebuah institusi yang membantu umat Islam menyimpan dan melaksanakan ibadah haji kekal utuh di mana sepanjang enam bulan pertama, lebih daripada 200,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, seterusnya menyaksikan peningkatan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 8.6 juta orang.

“Pencapaian ini mencerminkan daya tahan TH walaupun berhadapan dengan kesan-kesan selepas pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, antaranya ancaman inflasi, ketidaktentuan pasaran dan kelemahan ekonomi dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya