KUALA LUMPUR: Sektor kewangan perlu memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi dan masyarakat untuk menangani risiko perubahan iklim yang mana risiko fizikal kini sudah berada dalam kehidupan harian dan semakin meningkat. Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jessica Chew Cheng Lian berkata, sebagai contohnya, perkara itu dapat dilihat melalui penularan penyakit seperti Covid-19 dan banjir teruk yang berlaku pada selang masa yang lebih pendek dan dengan intensiti yang lebih besar.…










