Rizab antarabangsa BNM berkurang kepada AS$108.2 bilion

Rizab antarabangsa BNM berkurang kepada AS$108.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berkurangan kepada AS$108.2 bilion pada 30 Ogos 2022 daripada AS$110.9 bilion pada 15 Ogos lalu.

Bank pusat itu berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Ujarnya, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$96.1 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.8 bilion).

“Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM476.5 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta lain-lain aset (RM34.18 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.65 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.23 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM165.97 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12. 96 bilion), deposit lain (RM12.06 bilion), kertas Bank Negara (RM8.26 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti lain (RM4.1 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN