PETALING JAYA: Ringgit susut ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan dagangan semalam, melepasi paras 4.5600 disebabkan harga minyak yang lebih rendah, ditambah dengan pengukuhan dolar AS. Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup kelmarin, sebelum ditutup pada 4.5535. Bagaimanapun, pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berpendapat, situasi ini tidak perlu dibimbangkan…










