Rangka kerja umum mata wang kripto akan diwujudkan

Rangka kerja umum mata wang kripto akan diwujudkan

AMIRUDIN Abdul Wahab (kiri) dan Fadzli Shah Anuar bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU) di Cyberjaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Rangka kerja umum dalam bidang teknologi mata wang kripto dan Pertukaran Aset Digital (DAX) akan diwujudkan bertujuan menyebarkan kesedaran dalam kalangan rakyat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara CyberSecurity dan MX Global Sdn. Bhd. adalah tepat pada masanya untuk mewujud serta menggalakkan kerjasama dalam mata wang kripto.

Menurut beliau, kerjasama yang dijalin selama dua tahun itu membabitkan penyelidikan dan pembangunan, aktiviti pembangunan penyelesaian bersama, program latihan dan kesedaran berkaitan dengan keselamatan siber, mata wang kripto dan DAX.

“Kedua-dua entiti ini akan bekerjasama dalam keselamatan siber, mata wang kripto dan DAX, latihan dan program kesedaran.

“Ia bertujuan meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai jaminan risiko siber, penilaian risiko siber dan mengurus ancaman risiko siber, memudahkan urusan daya tahan siber terhadap DAX serta melindungi pemegang di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani pertukaran MoU di antara CyberSecurity Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif MX Global Sdn. Bhd., Datuk Fadzli Shah Anuar di sini, hari ini.

MX Global merupakan sebuah daripada empat pengendali pasaran yang diiktiraf pertukaran aset digital yang diberikan kelulusan penuh oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sementara itu, Fadzli Shah berkata, adalah penting untuk orang ramai membuat penyelidikan sendiri daripada sumber yang disahkan dan dipercayai berkaitan mata wang kripto.

Katanya, ini kerana mata wang kripto adalah topik hangat pada era globalisasi dan pengguna perlu berwaspada dalam pelbagai aspek termasuk penjagaan keselamatan apabila melakukan urusan.

“Kami akan memanfaatkan pengalaman luas CyberSecurity dalam keselamatan siber untuk mengolah pengalaman dalam ruang digital dan merealisasikan impian kami untuk menjadi praktis terbaik dalam ruang aset digital,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×