PETALING JAYA: Malaysia tidak akan terjerumus dalam kemelesetan ekonomi kerana struktur ekonomi yang pelbagai dan kurang bergantung kepada komoditi, menurut Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Beliau berkata, ketika ekonomi dunia maju ke arah pemulihan penuh, cabaran baharu telah timbul, memberi kesan kepada Malaysia dan rakan dagangan utama negara. “Di peringkat global, ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China serta krisis Ukraine-Russia menyebabkan harga komoditi dan kos logistik melonjak seterusnya mengakibatkan…










