PETALING JAYA: Malaysia memperoleh pelaburan bernilai RM9.3 bilion menerusi Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun yang diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, pelaburan tersebut merangkumi sektor strategik dan berpotensi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), biojisim, teknologi maklumat dan komunikasi, industri kimia dan makanan. Antaranya, projek pelaburan baharu oleh Idemitsu Kosan Co. Ltd.…










