Lelongan wang kertas ringgit nombor siri khas secara dalam talian

Lelongan wang kertas ringgit nombor siri khas secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan lelongan wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian yang akan dibuka dari 5 hingga 24 September ini.

Bank pusat itu dalam kenyataan di laman webnya berkata, lelongan berkenaan dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP).

Jelasnya, MNP akan memulakan sesi ‘Lelongan Secara Langsung’ pada 24 September 2022 (Sabtu) pukul 11 pagi.

“Wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (cth. LL0000001-0000010) dan nombor “super solid” dengan awalan berulang (cth. LL8888888).

“Pendaftaran dan bidaan dalam talian boleh dilakukan melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN