Kos tunaikan haji RM28,632

Kos tunaikan haji RM28,632

haji
KOS tunaikan haji meningkat kepada RM28,632 setiap jemaah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos menunaikan haji bagi musim 1443H/2022M adalah sebanyak RM28,632 bagi setiap jemaah berbanding anggaran awal sebanyak RM25,540, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).

TH berkata, kos haji bagi musim 1440H/2019M pula adalah sebanyak RM22,900 seorang.

“TH tidak menghantar jemaah dari Malaysia pada 2020 dan 2021,” katanya dalam kenyataan mengumumkan pendapatan TH untuk separuh pertama 2022.

Bagi tempoh enam bulan pertama sehingag 30 Jun 2022, TH mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM1.47 bilion.

Menurut TH, setelah mengambil kira perbelanjaan termasuk peruntukan zakat, keuntungan bersih yang dicatatkan bagi tempoh dilaporkan adalah sebanyak RM1.03 bilion, berbanding RM1.22 bilion dalam tempoh yang sama 2021.

“Penurunan keuntungan adalah setelah mengambil kira perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji yang diberikan kepada jemaah haji bagi musim 1443H/2022M,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya