Inisiatif pinjaman PTPTN bantu mahasiswa

Inisiatif pinjaman PTPTN bantu mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memuktamadkan dalam masa terdekat kaedah pelaksanaan kenaikan jumlah pinjaman daripada 75 peratus kepada 100 peratus bagi golongan M40 M4 serta kemudahan pinjaman komputer riba untuk golongan M40.

Menurut PTPTN, ia bagi memastikan inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dilaksanakan dengan berkesan.

“Pengumuman ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia.

“PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap agar inisiatif ini dapat menjadi penyuntik semangat dan dorongan kepada semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Perdana Menteri ketika merasmikan majlis Semarak Pat riotik Institusi Pengajian Ting gi 2022 mengumumkan keputusan kerajaan menaikkan kadar pinjaman daripada 75 peratus kepada 100 peratus.

Selain itu, mahasiswa daripada kumpulan M40 juga layak menerima pinjaman komputer riba sebagai antara usaha kerajaan menjaga kepentingan mahasiswa.

“Kalau dulu pinjaman kepada M40 adalah hanya 75 peratus sahaja. Saya mengumumkan di sini bahawa untuk pinjaman pada mahasiswa M40, kita akan naikkan kepada 100 peratus.

“Seterusnya adalah laptop (komputer riba). Kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN bagi golongan M40,” kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, PTPTN berkata, peminjam yang bergraduat bermula 2019 dan layak untuk pengecualian bayaran balik pinjaman, boleh membuat permohonan mulai 15 September hingga 31 Disember ini.

Jelasnya, peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama dan berkelayakan boleh membuat permohonan pengecualian tersebut secara dalam talian di portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.

Jelasnya, perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 lalu.

“Peminjam boleh merujuk Portal Rasmi PTPTN untuk sebarang persoalan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi perbadanan itu melalui saluran Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 5 Petang.

Orang ramai juga boleh menghubungi Live Chat di www.ptptn.gov.my; e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/; Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi PTPTN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.