Hadiah buat 30 PKS Indonesia, tajaan pementoran bernilai RM1.9j

`Hadiah’ buat 30 PKS Indonesia, tajaan pementoran bernilai RM1.9 juta

SEBAHAGIAN PKS Indonesia yang mengikuti program Inner Circulation Meeting kelolaan Richworks International di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 30 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Indonesia menerima tajaan bernilai RM1.9 juta daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama RichWorks Indonesia pada Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, usahawan terpilih tersebut yang mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia pada minggu lalu mendapat ‘hadiah’ dengan tajaan bimbingan selama 6 bulan.

Katanya, kejutan itu merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks bersama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dipimpin Dr. Sandiaga Uno.

“Kami mahu pastikan 30 usahawan terlibat yang dipanggil Mentorship Indonesia bukan saja mampu bertahan malah up scale lagi ketika cabaran masa ini.

“Setiap seorang menerima tajaan RM65,000 bagi mendapatkan bimbingan online dan offline secara berkala bersama RichWorks agar membina bisnes berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, majlis tandatangani persetujuan 30 PKS Indonesia dibimbing selama 6 bulan, ketika ICM di The Mulia, Nusa Dua, Bali, Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RichWorks Indonesia, Aryani Firdaus memberitahu, peluang itu tidak akan dapat capai sasaran jika usahawan itu sendiri tidak mahu berubah dan lakukan tindakan susulan.

“Kejayaan seseorang wirausaha itu bermula dan sangat bergantung pada diri sendiri, dari segi mindset, sikap dan ilmu.

“Oleh itu, mereka ini perlu bersungguh ketika dibimbing dan lakukan tindakan seperti dipelajari,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengusaha kopi dari Indonesia, Julianti Trisnamawan memberitahu, beliau tak sangka dengan hadiah diberikan RichWorks dan Kemenparekraf kepada Mentorship Indonesia.

“Seperti Tuhan telah mendengar permintaan saya dalam usaha mengembangkan lagi bisnes ini.

“Saya akan gunakan sebaiknya peluang ini agar dapat menjadi lebih berjaya seperti rakan-rakan usahawan jutawan yang dijumpai dalam ICM Indonesia,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×