WASHINGTON: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, kenaikan ketiga pada tahun ini sejak Jun lalu, dalam usaha mengekang peningkatan inflasi. Keputusan tersebut sememangnya sudah dijangkakan oleh pasaran, yang mengunjurkan kadar faedah akan dinaikkan sehingga 4 peratus menjelang akhir tahun ini. Kenaikan terbaharu itu menjadikan penanda aras kadar pinjaman di AS meningkat antara 3 hingga 3.25 peratus dengan penganalisis menjangkakan Fed akan membuat satu lagi…










