PETALING JAYA: Pengeluar alat ganti automotif EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk mendaftar dan melesenkan kenderaan elektrik dua roda (EV) pertamanya, Blueshark. Menurut syarikat itu, kebenaran tersebut diperoleh kira-kira sebulan selepas ia menerima Kelulusan Bersyarat daripada kerajaan untuk pembinaan kilang pembuatan sulungnya bagi pengeluaran kenderaan dua roda elektrik. Jelasnya, Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan Homologasi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meluluskan VTA untuk…