Citi jual perniagaan perbankan pengguna kepada UOB Malaysia

Citi jual perniagaan perbankan pengguna kepada UOB Malaysia

PERMODALAN sistem perbankan kekal tinggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Citi Malaysia mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual perniagaan perbankan penggunanya di negara ini kepada UOB Malaysia.

Berikutan kelulusan itu, UOB dan Citi akan memohon Perintah Letak Hak daripada Mahkamah Tinggi Malaya untuk memindahkan aset dan liabiliti perbankan pengguna Citi kepada UOB.

“Pengambilalihan ini dijangka selesai pada suku keempat 2022,” jelas UOB dan Citi dalam kenyataan bersama.

Menurut kenyataan itu, UOB dan Citigorup telah mengumumkan cadangan pengambialihan itu pada 14 Januari lalu.

Jelasnya, selepas selesai pengambilalihan, semua perniagaan perbankan runcit dan kad kredit pengguna Citi Malaysia akan dipindahkan ke UOB Malaysia.

“Semua kakitangan perbankan pengguna Citi Malaysia yang berkaitan dan juga kakitangan sokongannya juga dijangka akan berpindah ke UOB Malaysia,” jelasnya.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, selama lebih 70 tahun, UOB telah bergerak maju ke hadapan seiring dengan perkembangan Malaysia, dan pengambilalihan itu menekankan lagi keyakinan Kumpulan terhadap potensi jangka panjang negara.

Kata beliau, perniagaan pengguna Citi di Malaysia, dan pasaran lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam akan memantapkan lagi kedudukan serantau UOB, sekali gus memanfaatkan semua pelanggan UOB dengan menyediakan kesalinghubungan yang lebih baik dan pengiktirafan jenama yang lebih tinggi.

“Pengambilalihan ini juga akan meningkatkan skala perniagaan runcit kami melalui portfolio dan ekosistem rakan kongsi yang diperluaskan. Selain itu, jangkauan UOB Malaysia kepada pelanggan akan diperkukuh melalui rangkaian cawangan dan titik sentuh (touch point) digital yang lebih luas.

“Kami mengalu-alukan kedatangan rakan sekerja Citi ke keluarga UOB. Bersama-sama, kami akan membangunkan nilai jangka panjang untuk asas pelanggan yang lebih besar di Malaysia,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Usman Ahmed pula berkata, pihaknya akan terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan pengguna kami sehingga proses jualan yang selebihnya dilengkapkan dan tarikh pemindahan yang sah akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kata beliau, Citi kekal komited kepada Malaysia dan akan melabur lebih banyak lagi dalam francais pelanggan institusi terkemuka bagi membantu pelanggan berkembang di dalam dan luar negara.

“Citi memberi jaminan kepada pelanggan perniagaan perbankan pengguna dan kekayaannya bahawa peralihan kepada UOB akan berjalan lancar dan mereka akan terus mendapat manfaat daripada perkhidmatan dan produk yang serupa dengan apa yang dinikmati daripada Citi pada masa ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×