PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) memperbaharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA) dengan jumlah pengaturan swap hingga RM8 bilion atau 28 trilion rupiah pada 23 September 2022. BNM dalam kenyataannya berkata, pembaharuan perjanjian itu merupakan susulan perjanjian pertama yang ditandatangani pada 2019 dan akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun. Katanya, perjanjian yang diperbaharui tersebut mengukuhkan kerjasama sedia terjalin antara kedua-dua bank pusat.…