Bliese EDP berwajah baharu

Bliese EDP berwajah baharu

SUHAIMI Saiful (lima, kiri) bersama Pioneer dan Master Stockist melancarkan wajah baharu Bliese EDP bersempena Ulang Tahun Ke-3 di Shah Alam, kelmarin. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese) telah melancarkan botol baharu untuk produk wangian badannya iaitu Bliese EDP sempena ulang tahun ketiga syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, pelancaran itu dilakukan kerana Kumpulan ingin membuat inovasi baharu setelah dua tahun kemunculan wangian badan tersebut.

Beliau berkata, wajah baharu EDP ini direka untuk kelihatan lebih eksklusif dan elegan, sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Katanya, antara inovasi terbaharu yang dilakukan adalah menambah isipadu wangian badan tersebut daripada 30 mililiter (ml) kepada 35ml.

Jelasnya, penambahbaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese lebih unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.

“Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mengikut personaliti yang tersendiri seperti Classic, Bold, Blooming dan Intense.

“Selain itu, Bliese EDP diformulasikan menepati spesifikasi pengguna di Asia, di mana bahan asas dimport dari Eropah dan Bliese juga bekerjasama dengan perfumer antarabangsa.

“Kami memberi jaminan bahawa Bliese EDP selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan dari Persatuan Wangian Antarabangsa (IFRA) serta diiktiraf halal daripada Jakim.

“Sebanyak 20,000 unit terjual dalam masa hanya 45 minit selepas pelancaran Bliese EDP. Justeru, kami menyasarkan jualan sebanyak empat juta botol Bliese EDP menjelang akhir 2023,” katanya dalam ucapan sempena majlis pelancaran itu di sini, kelmarin.

Tambah Suhaimi, pelancaran wajah baharu produk EDP itu bertujuan untuk memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna tempatan.

Mengulas mengenai rancangan kumpulan, beliau berkata, pihaknya merancang untuk meluaskan produknya ke Indonesia.

“Setakat ini, kami telah mula meluaskan produk ke Singapura dan Brunei. Langkah seterusnya ialah untuk meluaskan produk ke Indonesia.

“Kami melihat saiz pasaran di Indonesia lebih besar dengan bahagian pasarannya 10 kali ganda lebih besar berbanding Malaysia. Kami sasar untuk memasuki pasaran Indonesia dalam tempoh setahun lagi,” katanya.

Sehingga kini, Bliese telah mempunyai lebih 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia.

Fokus utama syarikat wangian tempatan itu adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN