SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, merancang meluaskan operasinya di Indonesia dan Filipina melepasi paras pra-pandemik pada suku pertama tahun depan, berikutan prospek pelancongan dan ketersambungan yang lebih baik. Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, potensi pelancongan yang besar dan prestasi ekonomi adalah antara pemacu pertumbuhan AirAsia di kedua-dua negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang. “Walaupun kami mempunyai pandangan positif untuk Indonesia dan…










