PETALING JAYA: Pendapatan Supermax Corporation Berhad (Supermax) pada suku keempat tahun kewangan 2022 (4Q2022) menjunam 84 peratus kepada RM300.2 juta daripada RM1.57 bilion tempoh sama tahun sebelumnya. Pendapatan yang rendah itu turut menjejaskan keuntungan selepas cukai (PAT) Kumpulan yang menjunam hampir 100 peratus iaitu 96.6 peratus kepada RM32.2 juta. Menurut Supermax, di sebalik pelbagai cabaran, Kumpulan bagaimanapun masih mampu mencapatkan pencapaian yang baik bagi tempoh 12 bulan tahun kewangan berakhir…










