Tuah Nurul Hafida, bawa balik HR-V serba baharu dan hadiah

Tuah Nurul Hafida, bawa balik HR-V serba baharu dan hadiah bernilai RM5,700

MAJLIS penyerahan Honda HR-V serba baharu kepada Nurul Hafida Mhd. Jais di Cheras, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nurul Hafida Mhd. Jais bukan sahaja menjadi individu pertama memiliki HR-V serba baharu. Malah wanita itu turut membawa pulang hadiah tajaan Honda Malaysia bernilai RM5,700.

Hadiah berupa aksesori, ultra glass body coating dan barangan rasmi Honda. Ia bagi meraikan kejayaan Nurul Hafida menjadi pelanggan pertama memiliki HR-V yang dilancarkan baru-baru ini.

Majlis penyerahan kenderaan dan hadiah itu dibuat dalam satu majlis di MJN Motors Sdn. Bhd., Cheras hari ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, sambutan yang diterima terhadap HR-V serba baharu itu sangat menggalakkan.

“Kami percaya model baharu ini sekali lagi akan menjadi sensasi seperti masa lalu.

“Hari ini, kami teruja untuk menyerahkan HR-V serba baharu kepada pemilik sulung, Nurul Hafida. Selain itu, Honda Malaysia juga telah menyerahkan lebih 1,300 unit model berkenaan kepada pemiliknya dalam tempoh sebulan selepas ia dilancarkan.

“Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan kepada para pelanggan kami di atas sokongan berterusan mereka ke atas jenama Honda,” katanya dalam kenyataan.

Turut hadir, pemilik MJN Motors,  Wan Hazmi Wan Mustafa.

Sementara itu, Nurul Hafida berkata, dia telah melakukan penyelidikan sebelum model baharu itu dilancarkan di Malaysia.

Menurutnya, reka bentuk dan hiasan dalaman HR-V serba baharu itu telah menarik perhatiannya sehingga memutuskan untuk menempah model berkenaan sebaik sahaja tempahan dibuka.

“Saya menjangkakan penghantaran kereta baharu saya. Saya terkejut apabila dimaklumkan, saya adalah pelanggan pertama yang menerima kereta itu.

“Dan lebih mengujakan ialah kejutan hadiah daripada Honda. Saya tak sabar untuk membawa keluarga saya berjalan-jalan dengan kereta baharu saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya