Tonton Saluran 100 Astro percuma sempena Hari Kebangsaan

Tonton Saluran 100 Astro percuma sempena Hari Kebangsaan

ASTRO beraspirasi menjadi suara untuk kebaikan dalam membolehkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam membina negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Astro meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan memaparkan kisah dan hiburan Malaysia terhebat dengan lebih 150 program kegemaran yang terdiri daripada genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di di Gemilang Saluran 100 menerusi televisyen, On Demand dan Astro GO.

Saluran ini adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 21 Ogos hingga 18 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, sebagai rakyat Malaysia, Astro berharap dapat memberi inspirasi kepada negara untuk bersatu dan kekal teguh seperti yang divisualkan menerusi tangan-tangan yang mewakili kepelbagaian kaum di negara ini.

“Ia menunjukkan warna kebangsaan iaitu biru untuk perpaduan, merah melambangkan keberanian, putih untuk kesucian dan kuning bagi kesetiaan.

“Inilah nilai-nilai menyatukan rakyat Malaysia sejak lahirnya negara kita dan akan terus membimbing kita,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Video Gemilang Bersama kami memaparkan Nurin Amalin yang berusia 19 tahun, seorang atlet paralimpik yang kehilangan penglihatannya ketika berusia 10 tahun.

“Menerusinya, kita akan melihat warna dan nilai yang dimaksudkan sebenarnya,” ujarnya.

Sebagai jenama tempatan, Astro beraspirasi untuk menjadi suara dan kebaikan yang membolehkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam membina negara menerusi kempen Gemilang Bersama kami, meraikan kisah dan hiburan Malaysia terbaik menerusi Gemilang Saluran 100.

Para pelanggan boleh menikmati kekayaan barisan kandungan terkini dan bakal ditayangkan buat pertama kali seperti:

  • All Together Now Malaysia Merdeka Special: Rancangan yang memaparkan selebriti-selebriti tersohor negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan generasi yang inginkan trofi khas All Together Now Merdeka.
  • Satu Tong, komedi yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air.
  • Dokumentari Malaysia In Their Eyes dan The Conservationists yang memaparkan keindahan negara kita menerusi mata lapan penduduk asing yang berkongsi kisah kehidupan mereka di Malaysia, berkongsi mengapa mereka memilih Malaysia sebagai rumah baharu mereka dan mengingatkan kita kekayaan budaya dan kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan kita.
  • 270 min Ke Piala Asia, sebuah dokumentari yang merakam perjalanan pasukan bola sepak negara yang penuh dengan tangisan, kegembiraan dan pengorbanan secara kronikal dalam melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam 42 tahun.
  • Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, saksikan The Making of Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Filem ini merupakan filem blokbuster penuh aksi mengenai pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta semangat patriotisme ketika mereka berkhidmat dan menjaga keselamatan kita semua.
  • Chit Chat Ceria memaparkan bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia yang berbeza dengan golongan dewasa menerusi interaksi dengan hos Alif Satar, Sissy Iman serta tetamu-tetamu undangan, Datuk Aznil Nawawi dan Michael Ang.

Saksikan juga Kampunglympics and Agak-Agak Cooking Show serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2, The Kid from The Big Apple, P. Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2 dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN