Tealive edar 10,000 `Kopi Merdeka' percuma 17 Ogos - Utusan Malaysia

Tealive edar 10,000 `Kopi Merdeka’ percuma 17 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tealive akan mengedarkan 10,000 kopi percuma pada 17 Ogos ini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn. Bhd., Bryan Loo berkata, Tealive menjemput pelanggannya yang bersemangat patriotik untuk datang pada Rabu, 17 Ogos ini, dan mempamerkan semangat cinta pada negara dengan melaungkan “Kopi Merdeka” sebanyak tiga kali untuk menerima kopi percuma. 

Beliau berkata, sebagai buatan Malaysia, Tealive memberi layanan kepada rakyat setiap hari di segenap sudut dan pelosok negara tercinta. 

“Kami berbangga dengan identiti Malaysia kami ketika kami berkembang ke negara-negara ASEAN, Eropah, Australia dan kini di Afrika.

“Dengan meraikan Merdeka dua minggu sebelum 31 Ogos akan membangkitkan lagi semangat patriotik dan menjadi permulaan awal yang baik dalam menunjukkan rasa terima kasih kami kepada peminat setia Malaysia, diikuti dengan pemberian diskaun sebanyak 31 peratus bagi Kopi Signature sehingga 31 Ogos.

“Kami amat menghargai segala sokongan daripada para peminat dan penggemar Tealive yang telah membolehkan kami berkembang maju di Malaysia dan luar negara. Dengan sokongan mereka, cawangan kami yang ke-800 akan dibuka bulan depan dan terus meningkatkan keupayaan kami sebagai peneraju serantau jenama the gaya hidup,” katanya dalam kenyataan.

Loo turut mengumumkan bahawa menu kopi yang lagi menarik dan banyak pilihan akan ditawarkan di setiap cawangan Tealive mulai 17 Ogos. 

“Kami sedar rakyat Malaysia mengambil berat terhadap cabaran pandemik dan ketidaktentuan ekonomi tetapi untuk Ulang Tahun Kemerdekaan ke-65 ini, kami yakin jika kami bersatu padu, segala cabaran akan dapat kita tempuhi bersama. Ini selaras dengan misi kami untuk memperkenalkan ‘Kopi untuk semua’,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya