TDM lupus operasi ladang kelapa sawit di Indonesia

TDM lupus operasi ladang kelapa sawit di Indonesia bernilai RM115j

NAJMAN Kamaruddin (tiga, kiri) dan Chee Kian (kanan) bersalaman selepas menandatangani perjanjian jualan dan pembelian bersyarat berhubung pelupusan RKA dan SRA di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Kumpulan TDM Berhad melupuskan kesemua kepentingan ekuiti dalam dua syarikat peladangan kelapa sawit di Indonesia iaitu PT Rafi Kamajaya Abadi (RKA) dan PT Sawit Rezki Abadi (SRA).

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, pemilikan masing-masing 93.8 dan 95 peratus daripada ekuiti RKA dan SRA akan dilepaskan kepada syarikat Ikhasas Sawit Sdn. Bhd. (Ikhasas Sawit) dengan pertimbangan cadangan pelupusan tunai bernilai RM115 juta.

Menurutnya, RKA telah mengalami kerugian sejak diperbadankan sehingga tahun kewangan berakhir Disember 2020 manakala SRA pula tidak pernah mencatat keuntungan sejak awal penubuhannya.

“Selepas ini, TDM akan menumpukan sumber dan operasi syarikat di dalam negara menerusi penjimatan kos besar dan modal dijana daripada pelupusan tersebut,.

“Ia termasuk inisiatif mengoptimumkan pengeluaran hasil tanah milik syarikat di Pantai Timur dengan mempelbagaikan tanaman selain ladang kelapa sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian jualan dan pembelian bersyarat dengan Pengarah Urusan Kumpulan Ikhasas, Tan Chee Kian di sini, semalam.

Pada majlis sama, TDM turut menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan bersama PT Ikhasas Indo Makmur bagi pengambilalihan kawalan operasi ke atas aset-aset RKA dan SRA yang sedang dilupuskan.

Najman berkata, proses pelupusan aset-aset terbabut dijangka selesai sepenuhnya pada suku pertama 2025.

Tambahnya, cadangan pelupusan kepentingan ekuiti dalam RKA dan SRA membolehkan TDM memperolehi hasil kasar RM112.0 juta.

“Sebanyak RM74.2 juta daripada hasil tersebut akan diperuntukkan untuk pembiayaan balik pinjaman berfaedah manakala RM29.3 juta pula untuk modal kerja am.

“Baki RM8.5 juta bakal diguna bagi perbelanjaan berhubung dengan pelaksanaan pelupusan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN