Pencerobohan China wujudkan kegawatan ekonomi besar - TSMC - Utusan Malaysia

Pencerobohan China wujudkan kegawatan ekonomi besar – TSMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIWAN: Pencerobohan China ke atas Taiwan akan menghentikan pengeluaran cip, kata Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. Ltd. (TSMC).

Dalam temu bual dengan CNN baru-baru ini, Pengerusi TSMC Mark Liu berkata, pencerobohan sedemikian akan mewujudkan “kegawatan ekonomi yang besar” di kedua-dua belah Selat Taiwan.

Liu berkata, serangan China terhadap pulau itu akan menjadi malapetaka geopolitik, sambil menambah bahawa TSMC tidak boleh dikawal dengan kekerasan.

Bagaimanapun, Liu berkata, jualan di China menyumbang sebanyak 10 peratus daripada hasil TSMC.

Kata beliau, pencerobohan China akan menghentikan pengeluaran cip yang akan menghalang China daripada menggunakan komponen paling canggih dalam teknologi terkini, termasuk melibatkan aplikasi ketenteraan.

Sejak 2020, kekurangan semikonduktor telah menimbulkan masalah untuk pembuatan pelbagai produk seperti kereta, disebabkan permintaan kukuh untuk peralatan berteknologi tinggi disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan kenyataan penganalisis pasaran bahawa, tindak balas China terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan boleh memberi kesan kepada rantaian bekalan dan permintaan, yang boleh mengekalkan tekanan inflasi berterusan.

“Mata wang kripto juga mungkin terjejas, kerana “ketegangan terhadap lawatan Speaker Dewan Rakyat Pelosi ke Taiwan mungkin menjejaskan selera risiko dan itu boleh menyeret kripto ke paras lebih rendah,” kata Edward Moya, penganalisis pasaran kanan di Oanda. 

Bagi pengurus dana di Edmond de Rothschild Asset Management, Paris, Xiadong Bao pula, implikasi jangka pendek mungkin ‘jualan berita khabar angin’ kerana maklum balas rasmi daripada lawatan itu setakat ini lebih terkawal berbanding apa yang ditakuti pasaran.

“Tetapi implikasi jangka pertengahan/panjang mungkin lebih ketara, yang mungkin diabaikan oleh pasaran pada masa ini. Hasil pengaruh AS di Asia-Pasifik sudah pasti akan mempercepatkan pemisahan AS-China,” katanya. 

Dalam pada itu, pasaran saham global kekal di bawah tekanan, sementara yen yang merosot lebih 1 peratus, kembali pulih. Penanda aras hasil AS juga melonjak 18 mata asas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya