PUTRAJAYA: Malaysia secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan reformasi komprehensif sistem cukai antarabangsa yang akan mewajibkan kadar cukai minimum 15 peratus ke atas sesetengah syarikat multinasional (MNE). Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd. Nizom Sairi berkata, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengumumkan sehingga kini sebanyak 136 negara telah bersetuju dengan pembaharuan menyeluruh sistem tersebut yang dijangka akan diimplimentasikan bermula tahun hadapan. Menurutnya, sistem itu bagi memastikan…