JLand bangunkan taman awam di Lembah Teknologi Sedenak

JLand bangunkan taman awam di Lembah Teknologi Sedenak

MOHD. NOORAZAM OSMAN (dua kiri) mendengar penerangan daripada Mohd. Yusof Ahmad tentang projek pembangunan yang akan dilaksanakan JLand, di Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Johor Land Bhd. (JLand) akan membangunkan projek Discovery City seluas 130 hektar di Lembah Teknologi Sedenak, Kulai.

Pengarah Eksekutif JLand, Mohd. Yusof Ahmad berkata, taman awam yang akan dilengkapi pelbagai fasiliti itu dijangka akan mula dibangunkan pada suku ketiga tahun depan.

“Lembah Teknologi Sedenak adalah pembangunan bersepadu seluas 2,916 hektar yang dibina untuk dipacu pelbagai teknologi digital dengan disokong alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

“Tujuannya untuk menjadi daya tarikan tambahan kepada penduduk setempat sama ada untuk menjalankan perniagaan atau beriadah di kawasan tersebut,” katanya selepas Majlis Pelancaran Logo Bahawa JLand Bhd. di Bandar Dato’ Onn, di sini semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman; Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Ibrahim dan Pengarah Urusan Kumpulan JLand, Datuk Akmal Ahmad.

JLand juga akan melancarkan beberapa perancangan strategik bagi pembangunan utama di seluruh negeri ini, antaranya projek Tebing @ Bandar Tiram bermula awal tahun depan.

“Projek yang berkeluasan 11.2 hektar itu akan dibina dengan mencontohi kejayaan dan inspirasi alam serta mesra perusahaan seperti yang dilaksanakan di Bandar Dato’ Onn.

“Selain itu, di Bandar Dato’ Onn kita akan melaksanakan perancangan semula pelan induk bagi menyokong pemba­ngun baharu yang bertemakan kediaman hijau pada 2024,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×