I-City Finance Avenue jangka tarik 30,000 pengembara perniagaan

I-City Finance Avenue jangka tarik 30,000 pengembara perniagaan sebulan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat merasmikan DoubleTree by Hilton i-City di Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: I-City Finance Avenue menjangkakan kehadiran lebih 30,000 pengembara perniagaan sebulan menjelang akhir tahun ini, kata Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Beliau berkata, sinergi antara i-City Finance Avenue dan DoubleTree by Hilton i-City merupakan gabungan mantap yang akan memberi impak positif kepada industri pelancongan di Selangor.

Katannya, ketika ini, pusat kewangan tersebut menempatkan lebih 10,000 pekerja mahir dalam perkhidmatan kewangan, e-dagang dan industri teknologi.

Malah katanya, perasmian DoubleTree by Hilton dengan kapasiti 300 bilik, menandakan pengembangan jenama Hilton ke pusat kewangan berkenaan.

“Pengembangan ini menggariskan komitmen kami untuk terus menyumbang kepada ekonomi Selangor dan mengukuhkan lagi industri pelancongannya,” kata beliau dalam kenyataan sempena perasmian hotel DoubleTree by Hilton i-City.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian DoubleTree by Hilton i-City di Shah Alam, sambil disaksikan oleh Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan hotel itu. Turut berangkat ke majlis tersebut, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengarah Kanan Operasi Hilton (Asia Tenggara), Jamie Mead dan Pengurus Besar DoubleTree by Hilton i-City, Gagan Talwar.

Kewujudan hotel berkenaan melengkapkan lagi kemudahan yang ada di Finance Avenue i-City merangkumi perniagaan, rekreasi, peruncitan dan kediaman, selain kemudahan untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya