PETALING JAYA: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) melalui anak syarikat milik penuhnya, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) akan meluaskan kehadirannya dalam pasaran perkhidmatan selepas jualan melalui usaha sama dengan jenama servis pantas kelima terbesar di dunia, Petromin Express, anak syarikat Petromin Corporation (Petromin). EON hari ini menandatangani perjanjian usaha sama dengan Petromin Arab Saudi untuk menceburi bidang servis kenderaan yang pantas. Usaha sama baharu yang dicadangkan dikongsi 51:49, antara Petromin dan EON.…