AEON rekod peningkatan hasil 11.1 peratus kepada RM2.1 bilion

AEON rekod peningkatan hasil 11.1 peratus kepada RM2.1 bilion

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON CO. (M) BHD. (AEON) merekodkan peningkatan hasil sebanyak 11.1 peratus kepada RM2.1 bilion untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2022 (1HTK2022), daripada RM1.9 bilion tempoh sama tahun lalu, dipacu oleh
pembukaan semula ekonomi dan sempadan negara.

Syarikat juga mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang lebih tinggi sebanyak RM75.4 juta, peningkatan 128.5 peratus daripada RM33.0 juta tempoh sama tahun sebelumnya, terutama disumbangkan oleh jualan yang lebih baik dan pengurusan kos yang berdisiplin.

Pengarah Urusan AEON, Keiji Ono berkata, Syarikat berpuas hati dengan prestasi berkenaan dan akan terus menumpukan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan produk yang betul kepada pelanggan.

“Berpandukan falsafah “Pelanggan Didahulukan”, kami berusaha untuk melebihi jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali melawat kedai kami,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, komited untuk menyampaikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan, AEON akan mempercepatkan pendigitalan dengan terus mengembangkan anjakan digital terutama untuk mewujudkan AEON Living Zone.

Selain itu, syarikat juga akan memajukan tawaran berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan, juga untuk memperdalam penglibatan dan pengalaman pelanggan melalui program kesetiaan AEON dan aplikasi iAEON.”

AEON juga katanya, terus membuat kemajuan positif ke arah kemampanan dengan memperkenalkan Piagam Kelestarian AEON, komitmen tertinggi syarikat ke arah memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sejajar dengan
Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Syarikat juga tambah beliau, akan terus memanfaatkan ekosistem terutamanya dalam perkongsian dan bekerjasama dengan rakan kongsi penyewa, pembekal dan kumpulan syarikat AEON di Malaysia untuk membuka lagi nilai daripada permintaan, pengalaman pelanggan dan mengurangkan risiko rantaian bekalan.

“Kami amat berterima kasih dengan sokongan berterusan pelanggan kami dan akan diteruskan dengan momentum positif, berusaha untuk mendapatkan pulangan kewangan yang lebih besar dalam memastikan manfaat kepada pihak berkepentingan, pekerja, pelanggan, rakan kongsi, pemegang saham dan pelabur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN