AEON BiG, FGV, Bernas pasarkan  produk ayam kampung  

AEON BiG, FGV, Bernas jalin kerjasama pasarkan  produk ayam kampung  

MAJLIS pelancaran makanan ayam kampung FGV ALMA-Bernas dan pemeteraian kerjasama antara AEON BiG, FGV Holdings dan Bernas di MAEPS, Serdang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Nazrul Izam Mansur; Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya dan Pengarah Urusan Kumpulan Bernas, Datuk Haris Fadzilah Hassan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON BiG (M) Sdn. Bhb. (AEON BiG) bekerjasama dengan FGV Holdings Bhd. (FGV) untuk memasarkan produk ayam kampung kepada pelanggannya di seluruh negara.

Kerjasama itu adalah antara langkah AEON BiG untuk terus membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah.

Di dalam kolaborasi itu, AEON BiG menjadi pasar raya besar yang akan membekalkan ayam kampung Ladang’57 yang bermutu tinggi kepada pelanggannya.

Ayam kampung ini akan dibekalkan oleh FGV melalui kerjasama bersama Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) yang akan menghasilkan formulasi baharu makanan ternakan ayam kampung yang diperbuat daripada produk sampingan daripada kilang pemprosesan padi dan beras.

FGV akan membeli semula ayam kampung Ladang’57 ini daripada penternak dan kemudian memasarkannya di pasar raya AEON BiG seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed,  kolaborasi ini dapat membuka peluang kepada para penternak tempatan khasnya untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

“Kerjasama ini juga seiring dengan matlamat AEON BiG untuk terus membantu penternak tempatan memasarkan produk mereka selain memberi peluang kepada kami untuk menyediakan stok bekalan ayam kampung segar sebagai alternatif kepada bekalan ayam biasa,” katanya.

Perjanjian itu dimetrai di dalam pelancaran makanan ayam kampung FGV ALMA-Bernas dan pemasaran ayam kampung Ladang’57 di AEON BiG yang berlangsung di Ekspo MAHA, baru-baru ini.

Sebanyak 1,000 ekor ayam kampung akan dibekalkan setiap minggu sebelum ditingkatkan sehingga 10,000 menjelang akhir tahun ini.

Semua ayam kampung itu diternak oleh peserta Projek Pembangunan Peneroka (PPP) di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di bawah pengurusan pertanian kontrak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×