Kerajaan telah menetapkan pelaksanaan harga siling ayam dan telur ayam bermula 1 Julai 2022 dan akan dikekalkan untuk tempoh dua bulan. Langkah ini merupakan pusingan `U’ kepada pengumuman sebelumnya bahawa kerajaan akan memansuhkan harga siling ayam. Langkah tersebut mengundang kritikan serta kemarahan di kala rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup sedangkan tahap kenaikan gaji bergerak dengan perlahan. Kementerian Kewangan pula telah membuat kenyataan bahawa perbelanjaan subsidi yang diunjurkan sebanyak…










